Bengkel

Home | Malay Traditional Costume | History of the Malay Traditional Costume | Company Philosophy | Bengkel | Contact Us

Bengkel

Pemantapan Pengurusan

Pakaian Seragam

 

30 -31 Disember 2008

 

Tempat:-

Hotel Hydro Majestic, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

 

Tajuk:-  

Rekabentuk Pakaian Seragam dan Kesesuaian Fabrik

 

oleh:-

Asliza Aris

Pengenalan

Pakaian seragam dipakai oleh satu kumpulan manusia dalam satu organisasi atau persatuan sebagai pengenalan diri yang individu itu adalah tergolong dalam kumpulan tersebut. Selain menjadi pengenalan organisasi, pakaian seragam juga adalah imej organisasi tersebut samada dalam bentuk penampilan ahli secara fizikal (individu dan berkumpulan), kesepaduan dan taat setia ahli kepada sesuatu organisasi.

 

Definisi Pakaian Seragam (Uniform)

Dari kamus The Fairchild Dictionary of Fashion:

1. any specific type of apparel required for wear by the armed forces of any country; for a specialized occupation, by a school, or for competitive team sports such as baseball, football and hockey. Probably originated in antiquity with costumes worn by personal bodyguards of monarchs. Worn by the Greek and Roman armies and since then by armed forces throughout the world.

 

2. worn through out history to denote status or trade of an individual.

 

Dalam buku Pakai Patut Melayu, tulisan Dato’ Mejar Said Hj. Sulaiman (1931) ada menyebut tentang pakaian sekata (uniform) sebagai salah satu pakaian yang telah dipakai oleh orang-orang Melayu semasa zaman pemerintahan British. Melalui tafsiran beliau uniform ini menggambarkan pepatah Melayu (dan Inggeris) – burung sebulu terbang sekawan (birds of same feathers flock together).

 

Tulisnya lagi, oleh sebab itu, pakaian serupa / sekata (uniform) dipakai oleh kerajaan bagi sesuatu pasukan jawatan seperti askar, polis dan lain-lain. Bagi persatuan-persatuan permainan seperti bolasepak, ia disebut warna kelab (club colour). Pemakaian pakaian seragam ini dikatakan menjadikan fikiran atau tingkah laku mereka yang memakai itu sejenis atau satu arah. Dalam kerajaan uniform itu ditentukan tetapi untuk persatuan dan yang lain-lain ianya dilakukan sendiri.

 

Keperluan dan Tujuan Pakaian Seragam

Keperluan memakai pakaian seragam pada masa ini adalah lebih menjurus kepada pengenalan sesuatu organisasi dan sebagai lambang atau imej. Bagaimanapun, pakaian seragam yang dipakai oleh pasukan-pasukan berwajib seperti polis, askar, ahli bomba dan jururawat memberi maklumat mengenai pemakainya. Ini adalah kerana ia dipakai beserta aksesori yang menunjukkan jawatan orang yang memakainya. Pameran PDRM di Galeri Shah Alam, Selangor (Disember 2008), mencatatkan pakaian seragam polis bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu hulubalang yang bertindak sebagai pegawai keselamatan memakai pakaian serba hitam, seluar sekerat dan baju sarung serta mengikat kepala. Pemakaian pakaian seragam yang lebih lengkap bagi polis dan pasukan-pasukan berwajib ini bermula dan berkembang dengan kemasukan pentadbiran British di Tanah Melayu, sehingga sekaligus mempengaruhi keseluruhan cara pemakaian masyarakat tempatan pada masa itu.

 

Hari ini, dalam hal menggunakan pakaian seragam dalam bidang korporat, tentunya imej yang hendak dipamerkan menggambarkan ahli dalam kumpulan tersebut berwawasan, berfikiran ke hadapan dan mempunyai pandangan positif terhadap bidang dan tugas yang diwakilinya. Bersesuaian dengan imej pentadbiran dan pengurusan yang bersifat komersil, istilah pakaian seragam digantikan dengan istilah ‘pakaian korporat’.  

 

Selain memenuhi kehendak organisasi, pakaian seragam juga boleh diberikan ciri-ciri keselamatan untuk memastikan ahli-ahli dari sesebuah organisasi itu tidak mengabaikan keselamatan diri ketika melakukan tugas. Dan ia menjadi tanggung jawab organisasi untuk memastikan ahli-ahlinya memenuhi syarat-syarat pemakaian pakaian seragam tersebut mengikut aturan dan disiplinnya.

 

Prosedur Rekabentuk

Untuk mula mereka sesuatu rekaan pakaian seragam, beberapa perkara pokok perlu diambil kira.

  1. Siapa yang akan memakai pakaian tersebut (organisasi). Organisasi – logo, perlambangan dan warna korporat.
  2. Jawatan ahli-ahlinya. Ahli – Jawatan mengikut jawatan teratas dalam struktur organisasi dan sesiapa sahaja di luar organisasi yang mahu dilihat sebagai mewakili badan tersebut.
  3. Jenis pekerjaan yang dilakukan. Fungsi tugas – pengurusan, servis / kaunter, keselamatan.
  4. Persekitaran bekerja. Ruang bekerja – hawa dingin, ruang terbuka, di luar bangunan, bergerak.
  5. Ciri-ciri khas yang diperlukan (international code). Warna khas, etika pakaian antarabangsa.
  6. Ciri-ciri keselamatan. Kasut khas, sarung tangan, aksesori keselamatan yang perlu ada seperti wisel, reflector sticker / band.

Setelah maklumat mengenai organisasi ini dikumpul, pereka akan menggunakan semua maklumat tersebut untuk membentuk satu konsep yang mewakili organisasi tersebut bersesuaian dengan falsafah sesebuah organisasi itu. Konsep pakaian perlu mencerminkan ciri-ciri:

 

  1. Keseragaman (uniformity)
  2. Kesatuan (unity)
  3. Kesepakatan
  4. Kesepaduan
  5. Disiplin

 

Rekabentuk Pakaian Seragam

 

Antara ciri-ciri lain yang turut difikirkan dalam rekaan pakaian seragam, ia mestilah kelihatan:

  1. Segak (cara padanan, kemas, bersih & mengikut ketetapan)
  2. Selesa dipakai ketika bekerja (jenis fabrik, warna & potongan baju)
  3. Ringkas dan Menyegerakan (padanan baju)
  4. Mempunyai ciri-ciri keselamatan (mengikut spesifikasi tugas & tidak provokatif)
  5. Berdaya tahan (jenis potongan, penggunaan bahan & trimming / finishing)

 

Padanan

 

a. 3-piece

Padanan sesuatu rekaan pakaian seragam biasanya bergantung kepada jenis pekerjaan dan jawatan ahli. Seseorang yang melakukan pergerakan yang sedikit (duduk-bangun-berjalan) dan bekerja dalam ruang yang berhawa dingin sesuai menggunakan 3-piece suit, pakaian berlapis atau berlengan panjang berbanding dengan seseorang yang melakukan banyak pergerakan dan bekerja di ruang terbuka dan tidak berhawa dingin. Begitu juga jenis padanan seperti baju berlengan panjang / pendek, seluar / skirt / kain labuh (untuk wanita), jenis tudung dan kasut perlu ditentukan dengan keadaan bekerja.

 

Secara tidak langsung, fabrik akan memainkan peranan yang penting untuk menentukan kesesuaiannya dengan fungsi tugas dan ruang kerja. Fabrik yang tahan lasak dari jenis drill (cotton, polyester atau campuran) adalah lebih berdaya tahan dan sesuai untuk seluar, skirt dan kain. Biasanya fabrik jenis ini adalah dari fabrik yang berat. Sementara fabrik dari jenis single weave (sederhana berat) sesuai untuk kemeja atau blaus. Antara jawatan-jawatan yang sesuai menggunakan pakaian seragam 3-piece adalah seperti pegawai-pegawai eksekutif, pengurusan pentadbiran dan penyambut tetamu  atau pegawai-pegawai yang bekerja di kaunter.

 

b. 2-piece

2-piece adalah padanan yang biasa dipakai sebagaimana pakaian ke pejabat yang sedia ada. Namun begitu apabila disediakan dalam bentuk pakaian seragam, ia mencerminkan identiti organisasi melalui padanan pakaian khusus yang disediakan oleh organisasi tersebut. Contohnya: padanan blaus, skirt atau seluar panjang untuk wanita dan kemeja, tali leher dan seluar panjang untuk lelaki. Di samping padanan yang telah ditentukan, konsep pakaian kerja itu ditetapkan dengan rekaan pakaian, jenis dan warna fabrik serta corak fabrik, kasut, warna dan ikatan tudung,

 

            Rekaan 2-piece boleh menggunakan warna dan fabrik yang serupa untuk kedua-dua baju dan kain/seluar atau boleh juga menggunakan padanan warna yang berlainan mengikut kehendak sesebuah organisasi. Jenis-jenis fabrik yang digunakan untuk rekaan-rekaan 2-piece biasanya cotton, nylon dan rayon campuran dari kategori sederhana berat.

 

c. 1-piece

Pakaian jenis ini biasanya digunakan untuk pegawai-pegawai yang melakukan kerja-kerja lasak dan pergerakan yang banyak. Pakaian jenis ini biasanya dipakai di bahagian luar pakaian sebagai pelindung dari kerja-kerja berat atau kotoran. Fabrik yang digunakan adalah dari jenis fabrik berat seperti hard drill, denim dan twill.

 

Fabrik

Pemilihan fabrik adalah amat penting untuk menghasilkan rekaan pakaian seragam yang selesa dan tahan lama. Kriteria yang akan mendorong sesuatu jenis kain dipilih bergantung kepada kesesuaian berat dan jenis fabrik untuk sesuatu rekaan. Kedua, ketahanan fabrik bergantung kepada jenis fabrik (nature/manmade/campuran), berat fabrik (light/medium/heavy), rekaan pakaian (panel/potongan), jarak jahitan, jenis benang, butang, zip dan sebagainya. Dan akhirnya fabrik ini dinilai dari sudut estetiknya iaitu sentuhan, warna, corak atau tekstur.

 

Ciri-ciri khas fabrik yang lain adalah seperti:

-         flame-retardant

-         water resistant , water proof

-         anti-static

-         camouflage printed fabric

-         anti-electromagnetic Radiation

-         reflective material

 

Pakaian jenis ini biasanya digunakan untuk pegawai-pegawai yang melakukan kerja-kerja lasak dan pergerakan yang banyak. Pakaian jenis ini biasanya dipakai di bahagian luar pakaian sebagai pelindung dari kerja-kerja berat atau kotoran. Fabrik yang digunakan adalah dari jenis fabrik berat seperti hard drill, denim dan twill.

 

Jenis-Jenis Tekstil

Fabrik dari alam adalah fabrik yang dijalin daripada serat-serat tumbuhan atau protein haiwan.

Kapas (40% dari produk tekstil dunia), linen - tumbuhan

Sutera – ulat sutera

Wool, cashmere, angora – bulu biri-biri, kambing

Fur – bulu binatang

Kulit binatang

 

Fabrik buatan manusia adalah jenis fabrik yang diperbuat daripada acetate, rayon, triacitate, kaca dan bahan sintetik. Rayon adalah antara fabrik terawal yang direka melalui teknologi untuk meniru sifat-sifat sutera. Ia dapat menghasilkan jenis-jenis acetate rayon, cuprammonium rayon dan viscose rayon.

Jenis-jenis lain: nylon (sintetik) contohnya: produk Dupont, polyester, lycra, poly-cotton,

 

Jenis fabrik khas:

thermal garments – garments made to insulate the wearer from cold.

Thinsulate© - contains 60% polyolefin, 40% polyester microfilament insulation providing warmth equal to down or polyester insulations of close to twice the thickness. Does not absorb water.

 

Ramalan Warna Aliran Musim Luruh/Sejuk 2009/2010

Contoh dari http://www.fashiontrendsetter.com/content/color_trends.html

 

 

Jiwa warna Musim Luruh/ Sejuk 2009/2010
perhatian / menarik / jenaka
terjemahan keyakinan diri dan kreatif
tegas / berani untuk mencuba 
fantasi tanpa batasan 
provokatif
merungkai keserasian estetik
menentang arus / menjauhi kod
dekati teknologi dan kesedaran alam sekitar
fabrik dan warna bertenaga
pengukuhan nilai positif fesyen
melihat masa depan dengan positif  dan harapan



Arah Aliran Warna Musim Luruh/ Sejuk 2009/2010

- Warna sebagai kuasa penentu untuk memecah ketegangan yang pelbagai

- Memastikan keseimbangan kontras kehidupan dan neutral serta galakan ketelusan.
- Meningkatkan kehebatan, pusingan tenaga yang positif dan berkuasa
Electric Shocks
Warna gelap dan kontras yang terang bercahaya (berkilat)
Flamboyant Resonance
Letupan gunung berapi tetapi pilahan harmoni dan  kontras cahaya ekpressif

Silent Agitations
Warna-warna panas yang dipadankan dengan neutral, multi-colored tone-on-tone yang samar dan kontras bergaya.

 

 

Kesimpulan

 

Kepentingan memakai pakaian seragam ini wajar di beri perhatian sepenuhnya, baik yang menentukan (organisasi) mahupun yang memakainya (ahli organisasi). Untuk menghasilkan pakaian seragam mengambil kira pelbagai aspek estetik, keselamatan dan keselesaan pemakai supaya yang memakainya berasa bangga, bertanggung jawab dan amanah terhadap tugas.

 

 

 

 

 

 

Asliza Aris

Design Procedure; Source: Asliza Aris, 2008
slide1za.jpg
Design Procedure; Source: Asliza Aris, 2008

Design by: Asliza Aris, 2006.
slide2za.jpg
Design by: Asliza Aris, 2006.

Fabric design: Suzlee Ibrahim, 2006.
slidezax1.jpg
Fabric design: Suzlee Ibrahim, 2006.

Rujukan

 

Asliza Aris (2006). Manual Rekabentuk Pakaian Seragam & Fabrik untuk Unit Pencegah Penyeludupan. UiTM/UPP.

 

Braddock and O'Mahony (2000). Techno Textiles, Revolutionary Fabrics for Fashion  Design. London, Thames & Hudson.

 

Calasibetta & Tortora (2003). The Fairchild Dictionary of Fashion. London, Laurence  King Publishing.

 

Ong Soon Hin (2007). Dress Rules. The Star. Kuala Lumpur: WE34.

 

Mohd. Said Haji Sulaiman (1931). Pakai Patut Melayu. Johor Baharu, Matbaat al-Attas.

 

Seivewright (2007). Research and Design. London, AVA Publishing SA.

 

Sorger & Udale (2006). The Fundamentals of Fashion Design. London, AVA Publishing SA.

 

Steven Slon (2007). Dress for Success. The Star. Kuala Lumpur: WE32.

 

 

Rujukan internet

 

http://www.fabricforuniforms.com

 

http://www.info4security.com

http://www.sandhuniforms.com

http://www.mpnews.com/home_822.htm

 

www.colorassociation.com/site/shop.html

 

http://www.aslizaaris.researcher.at

 

 

 

 

 

Rujukan

 

Asliza Aris (2006). Manual Rekabentuk Pakaian Seragam & Fabrik untuk Unit Pencegah Penyeludupan. UiTM/UPP.

 

Braddock and O'Mahony (2000). Techno Textiles, Revolutionary Fabrics for Fashion  Design. London, Thames & Hudson.

 

Calasibetta & Tortora (2003). The Fairchild Dictionary of Fashion. London, Laurence  King Publishing.

 

Ong Soon Hin (2007). Dress Rules. The Star. Kuala Lumpur: WE34.

 

Mohd. Said Haji Sulaiman (1931). Pakai Patut Melayu. Johor Baharu, Matbaat al-Attas.

 

Seivewright (2007). Research and Design. London, AVA Publishing SA.

 

Sorger & Udale (2006). The Fundamentals of Fashion Design. London, AVA Publishing SA.

 

Steven Slon (2007). Dress for Success. The Star. Kuala Lumpur: WE32.

 

 

Rujukan internet

 

http://www.fabricforuniforms.com

http://www.info4security.com

http://www.sandhuniforms.com

http://www.mpnews.com/home_822.htm

www.colorassociation.com/site/shop.html

http://www.aslizaaris.researcher.at

 

 

 

 

 

Links:-

http://www.suzleefineart.paint.at

education universiti teknologi mara shah alam selangor malaysia